Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

2009/06/17

CHIN PENG KOMUNIS

Tarikh: 18.6.2009 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat Temuramah: Perpustakaan Awam Daerah Bera
Tempat Bergambar: Kantin Pejabat Daerah Bera
04
Kata JP Mohd Nor dengan tegas dan jelas, "SAYA TIDAK SETUJU CHIN PENG KOMUNIS DIBENARKAN BALIK KE MALAYSIA.". Beliau yang pernah bertugas sebagai Polis Tambahan dan Special Home Guard Kawasan Triang, masih terbayang dalam ingatan perkara-perkara yang berlaku semasa serangan hendap pengganas komunis di Balai Polis Mengkarak pada tahun 1949.

03
Ancaman pengganas komunis inilah yang menyebabkan beliau memasuki Polis Tambahan dan Special Home Guard. Tambahan pula pengganas komunis sering datang ke rumah di Kampung Kerayong untuk mengajak beliau menyertai perjuangan komunis. Lebih menyusahkan hati lagi apabila yang datang mengajak adalah dua orang kawan baik yang berbangsa cina dan amat dikenali.
02
Beliau dipujuk menyertai perjuangan komunis untuk menghalau orang putih keluar dari Tanah Melayu. Kata mereka lagi, "Kalau kita berjaya menghalau orang putih keluar, kita akan memerintah sendiri. Semua barang-barang akan murah. Semua estek dan lombong akan jadi milik kita. kita boleh menjadi pemimpin di negara kita sendiri."
01
JP Mohd Nor bimbang saudara mara dan penyokong gelap Chin Peng akan dapat dikumpulkan semula. Bila mereka berjaya dikumpulkan itu akan menjadi satu cara untuk meneruskan perjuangan komunis. PKM memang telah meletakkan senjata, tetapi adakan mereka juga meletakkan perjuangan mereka. Komunis sejati tetap akan meneruskan perjuangan mereka dalam apa cara apa keadaan sekali pun. Malah mereka boleh menubuhkan parti politik untuk memaksa kerajaan mengiktirafkan perjuangan mereka secara tidak langsung.

Beliau amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Komunis tiada tempat di Malaysia. Ramai orang Malaysai menganggap "KOMUNIS MUSUH NEGARA" berdasarkan pengalaman sedih masing-masing. Malah Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924)atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa merasakan perjuangannya adalah perjuangan yang adil. Adil sehingga menyebabkan ramai pasukan polis den tentera yang terkorban? Adil sehingga apa lagi?
.

12 comments:

mazru said...

koi sokong..musuh tetap musuh,mana boleh bg can..nt kepala kite ni yg dipijak-pijaknye pulok..ye tak?

PKMPL said...

entahlah diorang ni ada kitan dgn illumniati dan yahudi...

itu fasal sokong komunis!

boleh balik tapi kena dakwa sebab membunuh dan meyiksa ribuan rakyat dulu!

.. said...

Nak ke komunis tu sokong 1 Malaysia dengan cara kita? Silap caranya kita nak dijadikan 1 komunis.

Nak bawa balik komunis tu untuk dibicarakan? Silap gaya nanti askar/polis kita yang dibicarakan mereka.

Nak ke komunis tu terima negara kita yang ada sekarang? Silap buat, komunis tu adakan macam-macam syarat untuk bawa dia balik.

Nak ke semua askar/polis yang telah menjadi korban mereka maafkan komunis tu? Jangan-jangan komunis tu mahu askar/polis yang mintak maaf dengan dia.

Nak berjuang cara apa pulak komunis tu? Atau rakyat Malaysia yang nak sangat komunis tu balik 'nak berjuang cara baru' atau nak menambah rakan seperjuangan.

Nak tengok ada yang menangis dan kelu kalau diajak bercerita pasal komunis ni, ada, ramai.

Nak tengok ada yang marah dan keluar dendam kesumat kalau sebut pasal komunis ni, ada, ramai.

Nak apa lagi?

Fadh Rahman said...

sedangkan mat kilau, tok gajoh, dato bahaman, tok janggut dan pahlawan melayu yang lain pun org xberape nok kenang...nie kan pulok chin peng

mazru said...

betui fadh..pahlawan dulu tu pun wat x tau je,keturunan tok bahaman misalnye..xde pun diaorg nak selidik beriye..

semuanye nak numpang glamer je tu,ade agenda tersembunyi..

sekali tengok pun dah tau

Tuk Aki said...

Ketika PM baru dilantik...

Di hati saya habislah orang melayu...
PM ni pro cina .. semasa jadi menteri pelajaran .... banyak kolej dan universiti orang cina diluluskan..

Nasib baik pada zaman Datuk Musa mewujudkan banyak kolej universiti milik kerajaan.

Dan hari ini terbukti dengan pemansuhan:-

1. Kementerian yang menjaga hak istemewa dan orang melayu.
2. Dihapuskan hak istemewa orang melayu/bumiputra dalam biasiswa kerajaan.
3. Dihapuskan pemilikan ekuiti 30% oleh bumiputra.

Saya mempunyai pengalaman bekerja dengan syarikat multi nasional yang diketuai dan dipunyai oleh bangsa cina ini.

Orang melayu jangan harap nak dapat apa-apa kecuali betul2 dia boleh dipergunakan untuk dapatkan keuntungan.

Orang melayu dah kalah teruk disebabkan oleh orang melayu sendiri.

Malaysia akan jadi seperti Singapore dan terlaksanalah konsep malaysia malaysia dalam konsep 1 malaysia.

Tahniah kepada pejuang-pejuang bangsa melayu.

Inilah yang anak cucu anda dapat dan jangan di masa akan datang anda akan diludahi oleh anak cucu sendiri

.. said...

Dalam politik ni,
Ada yang mencari perjuangan
Ada yang mencari permainan
Ada yang mencari rezeki
Ada yang mencari kawan
Ada juga yang mencari musuh

Dalam komunis pula,
Ada yang mahu berhenti membunuh
Ada yang mahu berhenti berkempen
Ada yang mahu berhenti bermusuh
Ada yang mahu berhenti berjuang
tetapi
Ada yang tak mahu berhenti

sesungguhnya
Ada yang mahu meletakkan senjata
Tetapi bukan meletakkan perjuangan

chin peng telah letekkan senjata
chin peng tidak letakkan perjuangan komunisnya

Bisnes Keluarga said...

Salam ziarah.

moh kita bisnes...sambil2 berjuang dapat wang

.. said...

Ya betul Han0137305358. Bisnes juga satu perjuangan. Ceramic adalah antara pilihan terbaik.

Kembara Politik said...

Assalamualaikum,

Koi dah dedah benda ni dulu. Baca artikel yang koi tulis.

http://kembarapolitik.blogspot.com/2008/12/usaha-pinda-fakta-sejarah-untuk-iktiraf.html

.. said...

Betul kata Kembara Politik. Orang seperti beliau telah menyedari inti kisah Cheng Peng ini dan racunnya untuk kita. Kembara Politik telah menyedarinya sebelum 22 Disember, 2008.

Kita patut baca tulisan beliau yang bertajuk "Usaha Pinda Fakta Sejarah Untuk Iktiraf Parti Komunis Malaya (PKM) Sebagai Pejuang Kemerdekaan".

Bukan kata apa yang ditulis beliau betul untuk semua orang. Sekurang-kurangnya semua orang perlu baca. Takkan nak baca.

Saya rasa ramai yang tak faham inti kepada cerita Chin Peng ini. yang banyak diperkatakan adalah kulit cerita. yang diperkatakan oleh Kembara Politik adalah inti ceritanya.

Ada yang suka makan kulit. Ada yang suka makan inti sahaja. Ada juga yang suka makan inti dan kulit.

Kita yang disini jenis yang macam mana?

mazru said...

Assalamualaikumm...

maaf jika perjuangan di salah ertikan..dlm kata laen,org tak tau menjala suruh menjala..dia ckp kembang,org nampok angke lapan..begitulah koi setahun dua lepas...

bang Nizam..

aki koi tak berapa sehat da sekarang...

uwan koi pun baru meninggal,mungkin aok tau cerite..

ade ms boleh kite berjumpe,bnyok mende nak bincang...

email koi di

mohd.mazru@gmail.com