Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

2009/06/17

CHIN PENG KOMUNIS

Tarikh: 18.6.2009 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat Temuramah: Perpustakaan Awam Daerah Bera
Tempat Bergambar: Kantin Pejabat Daerah Bera
04
Kata JP Mohd Nor dengan tegas dan jelas, "SAYA TIDAK SETUJU CHIN PENG KOMUNIS DIBENARKAN BALIK KE MALAYSIA.". Beliau yang pernah bertugas sebagai Polis Tambahan dan Special Home Guard Kawasan Triang, masih terbayang dalam ingatan perkara-perkara yang berlaku semasa serangan hendap pengganas komunis di Balai Polis Mengkarak pada tahun 1949.

03
Ancaman pengganas komunis inilah yang menyebabkan beliau memasuki Polis Tambahan dan Special Home Guard. Tambahan pula pengganas komunis sering datang ke rumah di Kampung Kerayong untuk mengajak beliau menyertai perjuangan komunis. Lebih menyusahkan hati lagi apabila yang datang mengajak adalah dua orang kawan baik yang berbangsa cina dan amat dikenali.
02
Beliau dipujuk menyertai perjuangan komunis untuk menghalau orang putih keluar dari Tanah Melayu. Kata mereka lagi, "Kalau kita berjaya menghalau orang putih keluar, kita akan memerintah sendiri. Semua barang-barang akan murah. Semua estek dan lombong akan jadi milik kita. kita boleh menjadi pemimpin di negara kita sendiri."
01
JP Mohd Nor bimbang saudara mara dan penyokong gelap Chin Peng akan dapat dikumpulkan semula. Bila mereka berjaya dikumpulkan itu akan menjadi satu cara untuk meneruskan perjuangan komunis. PKM memang telah meletakkan senjata, tetapi adakan mereka juga meletakkan perjuangan mereka. Komunis sejati tetap akan meneruskan perjuangan mereka dalam apa cara apa keadaan sekali pun. Malah mereka boleh menubuhkan parti politik untuk memaksa kerajaan mengiktirafkan perjuangan mereka secara tidak langsung.

Beliau amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Komunis tiada tempat di Malaysia. Ramai orang Malaysai menganggap "KOMUNIS MUSUH NEGARA" berdasarkan pengalaman sedih masing-masing. Malah Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924)atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa merasakan perjuangannya adalah perjuangan yang adil. Adil sehingga menyebabkan ramai pasukan polis den tentera yang terkorban? Adil sehingga apa lagi?
.

2009/06/10

Tukar Wajah

Dalam terkejar-kejar menyiapkan pelbagai kerja, rupanya hari ini dengan izin Allah SWT saya diberikan kesempatan bagi menyiapkan gambar untuk 'header' jpmohdnor.blogspot.com. Bermula hari ini blog JP Mohd Nor akan memiliki wajah baru.

Sehingga ke hari ini masih belum mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan JP Mohd Nor.