Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

2009/08/06

chin peng sudah lari

Susulan cerita JP Mohd Noor tentang chin peng, saya telah dapat berbual dengan seorang penduduk Kampung Baru yang pernah bertugas bersama JP Mohd Noor menjaga keamanan negara kita.

Untuk membacanya sila klik DISINI.

Susah juga untuk mengajak orang bukan Melayu bercerita tentang komunis atau chin peng.

Sekian.

2009/06/17

CHIN PENG KOMUNIS

Tarikh: 18.6.2009 (Khamis)
Masa: 9.30 pagi
Tempat Temuramah: Perpustakaan Awam Daerah Bera
Tempat Bergambar: Kantin Pejabat Daerah Bera
04
Kata JP Mohd Nor dengan tegas dan jelas, "SAYA TIDAK SETUJU CHIN PENG KOMUNIS DIBENARKAN BALIK KE MALAYSIA.". Beliau yang pernah bertugas sebagai Polis Tambahan dan Special Home Guard Kawasan Triang, masih terbayang dalam ingatan perkara-perkara yang berlaku semasa serangan hendap pengganas komunis di Balai Polis Mengkarak pada tahun 1949.

03
Ancaman pengganas komunis inilah yang menyebabkan beliau memasuki Polis Tambahan dan Special Home Guard. Tambahan pula pengganas komunis sering datang ke rumah di Kampung Kerayong untuk mengajak beliau menyertai perjuangan komunis. Lebih menyusahkan hati lagi apabila yang datang mengajak adalah dua orang kawan baik yang berbangsa cina dan amat dikenali.
02
Beliau dipujuk menyertai perjuangan komunis untuk menghalau orang putih keluar dari Tanah Melayu. Kata mereka lagi, "Kalau kita berjaya menghalau orang putih keluar, kita akan memerintah sendiri. Semua barang-barang akan murah. Semua estek dan lombong akan jadi milik kita. kita boleh menjadi pemimpin di negara kita sendiri."
01
JP Mohd Nor bimbang saudara mara dan penyokong gelap Chin Peng akan dapat dikumpulkan semula. Bila mereka berjaya dikumpulkan itu akan menjadi satu cara untuk meneruskan perjuangan komunis. PKM memang telah meletakkan senjata, tetapi adakan mereka juga meletakkan perjuangan mereka. Komunis sejati tetap akan meneruskan perjuangan mereka dalam apa cara apa keadaan sekali pun. Malah mereka boleh menubuhkan parti politik untuk memaksa kerajaan mengiktirafkan perjuangan mereka secara tidak langsung.

Beliau amat bersetuju dengan kenyataan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa Komunis tiada tempat di Malaysia. Ramai orang Malaysai menganggap "KOMUNIS MUSUH NEGARA" berdasarkan pengalaman sedih masing-masing. Malah Chin Peng (lahir 21 Oktober 1924)atau nama sebenarnya Ong Boon Hwa merasakan perjuangannya adalah perjuangan yang adil. Adil sehingga menyebabkan ramai pasukan polis den tentera yang terkorban? Adil sehingga apa lagi?
.

2009/06/10

Tukar Wajah

Dalam terkejar-kejar menyiapkan pelbagai kerja, rupanya hari ini dengan izin Allah SWT saya diberikan kesempatan bagi menyiapkan gambar untuk 'header' jpmohdnor.blogspot.com. Bermula hari ini blog JP Mohd Nor akan memiliki wajah baru.

Sehingga ke hari ini masih belum mempunyai kesempatan untuk bertemu dengan JP Mohd Nor.

2009/05/27

Kandungan

HALAMAN
~01-05 .
~06-10 .
~11-15 .
~16-20 .
~21-25 .
~26-30 .
~31-35 .
~36-40 .
~41-45 .
~46-50 .
~51-55 .
~55-60 .
~61-65 .
~66-70 .
~71-75 .
~76-80 .
~81-85 .
~86-90 .


Marilah Kita Ramaikan
Ahli Perpustakaan Awam Daerah Bera
--------------------------------------------------------------

Masih belum ada kesempatan

Minta maaf pada 'Followers' CakLam (:: RODHONG COIL ::) dan zaineezam kerana masih tak berpeluang untuk berjumpa dengan JP Mohd Nor. Selain tentang cerita-cerita lama, masih banyak pandangan-pandangan orang lama boleh kita tanya tentang orang-orang zaman sekarang.

Pernah sekali jumpa JP Mohd Nor, nampak beliau Cokoh (tercegat berdiri) masa program rasmi Daerah Bera. Tapi masa tu Baler (mengambarkan suatu yang dasyat) koi sebok betul nangkap gambor. Bila siap nangkap gambor, alih-alih JP Mohd Nor dah hilang. Agaknya Cemuih (bosan) nunggu koi siap nangkap gambor. Koi bimbang JP Mohd Nor kata koi buat tak Cakner (ambil peduli / kisah) je bila tau dia ada dalam majlis tu. Maklumlah hati orang lama kena jaga, sesekali jumpa mesti Borok (bersembang-sembang) sikit.

Marilah Kita Ramaikan
--------------------------------------------------------------
Hidup Biar Berilmu

2009/04/23

Lama Tak Tulis.

Lama dan tak berjumpa dengan JP Mohd Nor. Memang bercadang nak dapatkan cerita-cerita lama yang JP Mohd Nor masih ingat. Rasanya masih banyak cerita yang tersimpan di dalam dada dan akal fikiran JP Mohd Nor. Tunggulah kami sama-sama ada masa.

Bahan yang telah diterbitkan dalam blog jpmohdnor.blogspot.com ini memang nampak tak tersusun. Susan nak dibaca. Perlu disusun semula. Macam biasa alasannya tak mempunyai kesempatan. Ada blog-blog yang perlu diberikan keutamaan.