Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

2014/04/06

Jom Baca Bersama untuk 10 minit 2014 (LET'S READ TOGATHER FOR 10 MINUTES 2014)

Tarikh 23 April telah dipilih sebagai hari Sambutan Hari Buku dan Hakcipta Sedunia. Tarikh ini telah dipilih oleh Pertubuhan Pendidikan, Sainstifik dan Kebudayaan - Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.. Ianya adalah bertujuan untuk memertabatkan buku sebagai sumber pengatahuan. Dalam era teknologi yang semakin maju, buku perlu diletakkan ditempat yang sewajarnya supaya terus bersesuaian dengan era ini.

Untuk menyokong sambutan ini, program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) akan diadakan di seluruh Malaysia bersama Perpustakaan Awam Negeri-Negeri Se-Malaysia.

Program ini adalah pengisian program gerakan membaca yang dijalankan setiap tahun. Usaha berterusan ini adalah bagi membentuk masyarakat ke arah membudayakan tabiat membaca.

Kesemua perpustakaan awam negeri bersetuju untuk melaksanakan JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) secara serentak pada hari, tarikh dan masa yang sama. Tarikh 22 April 2014 jam 10.00 hingga 10.10 pagi telah dipilih sebagai tarikh dan waktunya.

Konsep JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diilhamkan daripada sambutan Earth Hour.

Melalui program JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) semua peserta tanpa mengira apa jua latarbelakang, pekerjaan atau aktiviti yang sedang dilakukan akan sama-sama  berhenti sebentar dan membaca selama 10 minit secara serentak.

Pelaksanaan program  JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) diharapkan dapat memupuk minat membaca di kalangan rakyat Malaysia sekaligus menjadikan Perpustakaan Awam Negeri-negeri Se-Malaysia relevan dengan keperluan masyarakat.

JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) merupakan  inisiatif membaca di perpustakaan awam negeri bersama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM).

Usaha ini akan dijalankan dengan sokongan sekolah rendah, sekolah menengah, IPTA/IPTS, Jabatan kerajaan, NGO dan individu yang berminat.

MARILAH KITA MEMBACA SERENTAK PADA:
Tarikh: 22 April 2014
Hari: Selasa
Masa mula: 10.00 pagi
Masa tamat: 10.10 pagi
Tempoh masa: 10 minit.
Bahan bacaan: apa-apa bahan yang bermanafaat.
Tempat: Dimana-mana sahaja anda berada pada tarikh dan masa tersebut.

Tunjukkan minat kepada budaya membaca dengan menyertai JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES).

Kepada pembaca blog yang berminat menyokong JOM BACA BERSAMA UNTUK 10 MINIT(LET’S READ TOGETHER FOR 10 MINUTES) marilah kita membaca serentak bersama-sama seluruh negeri Pahang dan seluruh Malaysia pada 22 April 2014 - hari Selasa - bermula  jam 10.00 pagi - sampai 10.10 pagi - iaitu selama masa 10 minit sahaja.

Marilah bersama 1.2 juta seluruh Malaysia untuk menunjuk 'KITA SUKA ILMU, KITA SUKA MEMBACA' bagi mencipta rekod Membaca Se Malaysia.

2013/12/18

Popular Posts 18.12.2013

  1. Malaysia 630 United States 350 Russia 28 South Korea 17 Indonesia 12 Germany 9 Israel 9 United Kingdom 6 Singapore 6 Poland 5
  2. Tarikh: 18.6.2009 (Khamis) Masa: 9.30 pagi Tempat Temuramah: Perpustakaan Awam Daerah Bera Tempat Bergambar: Kantin Pejabat Daerah Bera 04 ...
  3. Dalam terkejar-kejar menyiapkan pelbagai kerja, rupanya hari ini dengan izin Allah SWT saya diberikan kesempatan bagi menyiapkan gambar unt...
  4. Perundingan damai dengan komunis petikan dari [ lamanpahang.blogspot.com ] Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji M...

2013/01/30

Pageviews by Countries 31.1.2013

Malaysia 630

United States 350

Russia 28

South Korea 17

Indonesia 12

Germany 9

Israel 9

United Kingdom 6

Singapore 6

Poland 5

Popular Posts 31.1.2013

  1. petikan dari [ lamanpahang.blogspot.com ] Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji Mokhtar Baginda adalah apabila beliau berceri...
  2. Tarikh: 18.6.2009 (Khamis) Masa: 9.30 pagi Tempat Temuramah: Perpustakaan Awam Daerah Bera Tempat Bergambar: Kantin Pejabat Daerah Bera 04 ...
  3. Susulan cerita JP Mohd Noor tentang chin peng, saya telah dapat berbual dengan seorang penduduk Kampung Baru yang pernah bertugas bersama JP...
  4. [ home ] HALAMAN ~ 01-05 . ~ 06-10 . ~ 11-15 . ~ 16-20 . ~ 21-25 . ~ 26-30 . ~ 31-35 . ~ 36-40 . ~ 41-45 . ~ 46-50 . ~ 51-55 .

2011/10/06

Perundingan damai dengan komunis



petikan dari [lamanpahang.blogspot.com]

Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji Mokhtar Baginda adalah apabila beliau bercerita tentang pengalaman beliau memulakan usaha kearah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989.

Rupanya Haji Mokhtar Baginda adalah orang yang sama dalam cerita "MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR ". Abdullah C.D yang menjadi Pemimpin Rejimen Ke 10 PKM telah menulis dalam bukunya yang bertajuk 'Perang Anti-British dan Perdamaian' ada menyatakan peranan terbitan Nan Dao Publisher Hong Kong 1998 dipetik sebagai Haji Mokhtar Baginda sebagai perintis perjanjian damai ini.

Kali ini saya berpeluang mendengar sendiri daripada Haji Mokhtar Baginda. Mungkin tidak ketara rasa terkilan pada diri Haji Mokhtar Baginda apabila namanya tidak muncul dalam sejarah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hotel Gardens Haadyai pada 1989.

2011/01/10

Popular Posts 11.01.2011

PERTAMA
Bera JP Mohd Nor 06-10

KEDUA
Bera: JP Mohd Nor 01-05

KETIGA
Bera: JP Mohd Nor 16-20

KEEMPAT
Bera: JP Mohd Nor 11-15

KELIMA
Bera: JP Mohd Nor 21-25

KEENMA
Bera: JP Mohd Nor 86-90

KETUJUH
Tarikh: 18.6.2009 (Khamis) Masa: 9.30 pagi Tempat Temuramah: Perpustakaan Awam Daerah Bera Tempat Bergambar: Kantin Pejabat Daerah Bera 04 ...

KELAPAN
Bera JP Mohd Nor 41-45

KESEMBILAN
Bera; JP Mohd Nor 46-50

KESEPULUH
Susulan cerita JP Mohd Noor tentang chin peng, saya telah dapat berbual dengan seorang penduduk Kampung Baru yang pernah bertugas bersama JP...

Total Pageviews: 127


2009/08/06

chin peng sudah lari

Susulan cerita JP Mohd Noor tentang chin peng, saya telah dapat berbual dengan seorang penduduk Kampung Baru yang pernah bertugas bersama JP Mohd Noor menjaga keamanan negara kita.

Untuk membacanya sila klik DISINI.

Susah juga untuk mengajak orang bukan Melayu bercerita tentang komunis atau chin peng.

Sekian.