Klik Banner Diatas Untuk Ke Laman Pahang

2011/10/06

Perundingan damai dengan komunis



petikan dari [lamanpahang.blogspot.com]

Apa yang lebih lebih menarik adalah tentang Haji Mokhtar Baginda adalah apabila beliau bercerita tentang pengalaman beliau memulakan usaha kearah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) yang telah ditandatangani di Hotel Gardens Haadyai pada 2 Disember 1989.

Rupanya Haji Mokhtar Baginda adalah orang yang sama dalam cerita "MOKHTAR BAGINDA HERO TIDAK DIDENDANG LAGI TERPINGGIR ". Abdullah C.D yang menjadi Pemimpin Rejimen Ke 10 PKM telah menulis dalam bukunya yang bertajuk 'Perang Anti-British dan Perdamaian' ada menyatakan peranan terbitan Nan Dao Publisher Hong Kong 1998 dipetik sebagai Haji Mokhtar Baginda sebagai perintis perjanjian damai ini.

Kali ini saya berpeluang mendengar sendiri daripada Haji Mokhtar Baginda. Mungkin tidak ketara rasa terkilan pada diri Haji Mokhtar Baginda apabila namanya tidak muncul dalam sejarah perundingan damai antara Kerajaan Malaysia, Kerajaan Thailand dan Parti Komunis Malaya (PKM) di Hotel Gardens Haadyai pada 1989.